Thursday, October 01, 2009

Mari sama2 kita berdoa..

Kejadian gempa bumi di dua tempat dan beberapa bencana alam seperti ribut, hujan batu boleh dikatakan berlaku serentak dalam tempoh 24 Jam..



kejadian gempa di padang


ribut di Kelantan


gempa di Samoa

  • Wilayah Sumatera Barat, Indonesia digegarkan gempa berukuran 7.9 skala Richter menyebabkan sekurang-kurangnya 75 orang terbunuh. (update kompas.com - 200 mangsa terbunuh)

  • Gegaran memusnahkan bangunan, ratusan rumah, hotel, jambatan dan menyebabkan kebakaran di bandar Padang.

  • 330 pelajar Malaysia di Padang selamat.

  • Orang ramai di sekitar Lembah Klang, Melaka dan Johor Bahru mengosongkan bangunan tinggi ekoran gegaran gempa bumi itu.

  • Pada masa sama, ribut merosakkan lebih 100 buah rumah masing-masing di pesisir pantai Kelantan dan Terengganu.

  • Seorang remaja perempuan maut ditimpa pokok di Pantai Kemayang, Bachok dan empat parah di Pengkalan Chepa. Sebanyak 10 rumah turut rosak di Kepala Batas.

  • Lima kampung di Tembeling Tengah, Jerantut dilanda hujan air batu sebesar penumbuk.

  • Di kepulauan Samoa dan Tonga, sekurang-kurangnya 113 orang terkorban akibat tsunami berpunca daripada gempa bumi kuat di Lautan Pasifik awal pagi ini.

  • Ribuan mangsa banjir yang ketakutan melarikan diri dari rumah mereka di Filipina kelmarin berikutan amaran taufan baru yang bakal menambah kesengsaraan mereka selepas dilanda Taufan Ketsana.

  • p/s: mari sama2 kita berdoa agar bencana seperti ini tidak berlaku lagi..

    No comments:

    Post a comment

    Comment