Friday, July 16, 2010

Entry Caca Merba

dah lama neh tak post entry.. rasa kaku lak menaip.. terlalu bz dan buat2 bz.. lagipun skg nak online kat kampus jer.. sebab dah tak stay kolej untuk sem yang ketiga.. kelas untuk sem ni satu jer hari Jumaat 6-9 malam.. weeeeeeeeeeeew! lama kot nak menunggu.

apa yang berlaku dah satu dua minggu ni.. sabtu ahad lepas aku join karnival sukan.. jadi urusetia jer.. budak2 ni yang main.. sabtu ngan ahad ni pulak ke Kem Kepimpinan di Semenyih..

kalau rajin baca ini laporannya..

KARNIVAL SUKAN PERKASA 2010



Kumpulan Kaki Bangku FC dinobat sebagai juara bagi acara futsal Karnival Sukan Perkasa 2010 yang telah diadakan di PPR Pantai Ria, Pantai Dalam. Kumpulan tersebut telah menewaskan 11 kumpulan yang lain dalam acara yang sama.

Pada hari yang sama, karnival yang pertama kali diadakan turut mempertandingkan acara bola jaring. Aksi bertenaga yang dipamerkan oleh Kumpulan Lavender daripada PPR Pantai Ria dinobat sebagai juara dalam acara bola jaring pada 11 Julai lalu.

Menurut salah seorang peserta pertandingan futsal Muhd Azraai bin Rashidi, 16 tahun berkata dengan penganjuran karnival sukan ini, bukan sahaja dapat menonjolkan bakat dalam bidang sukan malah peserta juga dapat belajar bagaimana bekerja dalam bentuk pasukan dan bekerjasama antara satu sama lain sepanjang karnival ini diadakan.

Peserta-peserta karnival sukan ini terdiri dari pada remaja yang berada di kawasan PPR Kerinchi, PPR Seri Pantai dan Pantai Ria. Dalam acara futsal, naib johan dimenangi oleh Cantona FC B dan tempat ketiga dimenangi oleh Siput Sedut. Bagi acara bola jaring naib johan pula dimemangi oleh CYMRU manakala tempat ketiga dimenangi oleh Sri Pantai Girl.

Majlis yang berlangsung dari jam lapan pagi telah mempertaruhkan sebanyak 12 kumpulan bagi acara futsal dan 5 kumpulan bagi acara bola jaring. Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA) UKM di bawah Komuniti PERKASA sedang menjalankan kajian rintis ke atas remaja yang berumur 15-25 tahun di Lembah Pantai. Pelbagai program dan aktiviti yang dilaksanakan adalah berasaskan pendekatan pembangunan positif remaja dan di antara aktiviti yang dijalankan adalah Karnival Sukan PERKASA 2010 ini




KEM KEPIMPINAN

yang ni akan aku join 17 dan 18 Julai ni di Excell Training..
jadi Fasi... rasa macam best. tapi tak tau la cmne..
kuikuikui..

klah.. kepada bloggers yang sudi baca blog aku ni.. nanti aku akan jejak blog korang..
sekarang tak sempat lagi..

p/s: ade sape nak join next sukan?@ nak jadi Fasi?

No comments:

Post a comment

Comment