Wednesday, September 01, 2010

Lebih kurang sama tepuk bahu dan kol..

bahaya dan sungguh bahaya.. semalam aku baca paper terdapat dua kes mengenai songlap duit nih.. satu kes melalui tepon dan satu kes lagi melalui tepuk bahu.. risau pulak sekarang ni.. yang kes melalui tepon tu, sorang mamat ni kerugian rm3000 akibat ditipu oleh seorang wanita melalui telefon.. yang bestnya wanita tu tau details transaction kad kredit mamat tuh.. kalau tak silap, konon-konon mamat tu berhutang dengan bank dan perlu bayar.. wanita tuh soh tekan something button kat mesin atm tuh.. dan secara tak langsung.. wang dia burn rm3000.. perbuatan yang dilakukan oleh wanita tuh hanya melalui telefon sahaja.. fuh!! bahaya. yang bongoknya.. siap soh wanita tuh siap soh mamat tu bagi no fon kawan dia yang mempunyai no akaun lagi.. peh!! siot btol.

satu lagi kes.. tepuk bahu.. a.k.a pukau nih.. yang ni pun semakin menjadi-menjadi dah dekat raya ni.. puak-puak jahat ni dok lepak cari mangsa depan bank.. sekarang kan dah nak dekat raya.. jadi ramai la yang dok p bank.. nak cucuk duit shopping la.. bagi duit raya la.. penajahat ni cari mangsa yang keluar dari bank dengan cara tepuk bahu mangsa tu.. dan kemudian mangsa akan berada dalam keadaan kurang sedar. bahaya2.. nasib dia tepuk bahu no.. mau tepuk punggung.. kes naya ni.

jadi sama-sama la kita beringat antara satu sama lain.. klah.. selamat berpuasa.. jangan lupa mencari malam 1000 bulan..

Assalamualaikum..

7 comments:

  1. minta simpang la pukau2 ni..huhuhu

    ReplyDelete
  2. haih~
    macam2.
    hope diriku dlindungi.
    ~_^

    ReplyDelete
  3. lolzz..tepuk punggung dah hal lain pulak tu

    ReplyDelete
  4. zack: aha.. tu la..

    hanie: takut..

    faiz: dunia nak kiamat

    azrina: diriku sama

    hans: tu la

    munirah:hehehehe

    ReplyDelete

Comment