Tuesday, March 22, 2011

[Episod Enam] Persahabatan dan Takdir... menentukan segalanya...


Esok aku terpaksa pergi ke Kem Tasoh, menolong cikguku untuk kem Kadet Polis sekolahku. Bertalu-talu panggilan daripada kawan-kawanku memberitahu perkara yang sama kepadaku.
“Hello Wan, hang kat mana ni? Dah tengok keputusan? Aku dah tengok. Aku dapat UKM,” kata Zack.
Jantungku berdebar sekencangnya. Aku terus menyemak keputusan melalui sms.
“Harap maaf. Dukacitanya dimaklumkan bahawa permohonan anda tidak berjaya,” terpapar di skrin telefon bimbitku.
Jantungku bagaikan hendak luruh dari dadaku. Perasaan kecewa bercampur sedih aku pada waktu itu tidak dapat aku gambarkan. Pulang sahaja dari Kem Tasoh, aku terus masuk ke bilik. Air mata lelaki tidak dapat ditahan. Emak dan ayahku masuk memberi nasihat. Aku rasa ingin sahaja keluar dari negeri Perlis untuk bekerja. Aku rasa tiada gunanya lagi. Zack menelefonku memberitahu bahawa permohonan rayuan telah dibuka. Aku endahkan kata-katanya. Pon! Pon! Aku terdengar bunyi hon motosikal. Rupa-rupanya Zack datang kerumahku.
“Hang isilah borang rayuan tu. Mana tau kali ni nasib menyebelahi hang. Insyaallah berkat doa bersama, hang boleh menjejaki ke Universiti. Terpulanglah pada hang,” kata Zack.
Aku terpaku seketika. Aku perlu memikirkan masa hadapan yang penuh dengan cabaran dan dugaan sebagai seorang lelaki. Aku terpaksa merebut peluang kedua ke Universiti kali ini. Tanpa membuang masa aku terus mengisi borang rayuan. Pilihan pertama aku memilih USM. Kata- kata Zack memberi semangat kepadaku.
Hari ini boleh dikatakan semua kawan-kawanku bertolak ke Universiti masing-masing. Pelbagai perasaan aku hadapi sekarang ini. Gembira kerana kawan-kawanku dapat menjejaki ke Universiti dan sedih kerana aku tidak berjaya. Masa berlalu bagaikan aliran air yang tidak putus-putus. Masuk minggu ni dah dua minggu aku keseorangan di rumah. Naim aku dengar dari kawanku dia pulang ke rumah kakaknya di Batu Pahat. Naim dapat melanjutkan pelajarannya di UTM. Telefon bimbitku berbunyi menandakan ada mesej masuk.
“Wan malam ni hantar aku ke stesyen bas Kangar. Pukul 8 malam,” kata Zack.
bersambung...

No comments:

Post a comment

Comment