Sunday, May 13, 2012

Indahnya Persahabatan, Indahnya Pertemuan...

entry dah lama nak update.. tapi tak berapa nak sempat. Almaklumlah next month students dah nak final exam.. jadi kalut nak habiskan silibus.. tak mau cerita bab kerja.. mau cerita bab pertemuan dan persahabatan yang indah kuasa Allah SWT.. indahnya persahabatan, indahnya pertemuan..

pertemuan dengan blogger Adie..


kalau nak diikutkan aku kenal Adie since kami mula-mula berblog lagi... tahun 2008.. masa tu meriah gila dunia blog.. yang sama-sama pada waktu tu Zami dan Qarl. Dari mula puluhan followers.. sehinggalah maju ke hadapan dorang ni beribu-ribu followers.. aku... dah dekat enam tahun berblog.. seribu pun tak sampai.. keh3.. even tak dak pembaca pun xpa.. janji diari atas talian ni merupakan salah satu medium yang tercatat segala kenangan manis pahit untuk dikongsi bersama.. itulah hebatnya dunia blog..


berbalik kepada pertemuan dengan Adie.. aku kenal hampir 5 tahun secara atas talian.. tapi baru-baru ni la aku berjumpa secara realiti.. bagaimana? hebatnya kuasa Tuhan dalam mempertemukan aku dengan insan bernama Adie ni melalui BFF dia si Acik aka Hasren.. bagaimana pula aku kenal BFF si Adie, Hasren sedangkan aku kenal si Adie dulu melalui blog... ya.. itulah hebatnya dunia blog! dulu berblog.. even sampai sekarang pun aku akan baca satu persatu entry.. baca dari atas sampai habis untuk satu-satu entry.. setiap blog yang aku buka.. si Adie ni selalu update pasal dia punya BFF, Hasren kat blog... jadi secara tak langsung.. aku dah nampak muka dia la even tak pernah jumpa kat luar..

nak dijadikan cerita.. masa interview kerja di UUMKL.. bertemu dengan si Hasren dan pada waktu tu cuma cakap sepatah,  nama pun tak tau.. cuma dalam hati.. bajetnya mamat ni.. keh3.. *Hasren jangan marah kang I jual kat nat.. nampak kat lobi bawah dan bercakap masa kat tandas just "eh, gelap ja tandas ni.. boleh guna..? " si Hasren balas "gelap, tapi boleh guna.. dalam cerah"

camtu ja.. tapi dalam hati.. eh.. mamat ni familiar kot... balik dari Interview terus godek blog... gigih.. dan akhirnya jumpa.. at the same time aku ngan Adie memang dah friend dekat FB jadi disitulah keep in touch dengan Adie dan si Hasren ni..


dipendekkan cerita.. sekarang.. Hasren aka Acik dah menjadi rakan sekerja dan telah mempertemukan aku dengan Adie.. itulah.. jodoh, pertemuan di tangan Tuhan.. Allah telah menetapkan pertemuan, jodoh dengan sesiapa.. kadang-kadang orang yang kita nak sangat-sangat jumpa tak jumpa-jumpa sampai sekarang.. ada sahaja halangannya.. dan kadang-kadang kita niat nak jumpa dengan seseorang dalam keadaan tidak dirancang.. Allah mempertemukan kita dengan seseorang yang mungkin bagi kita langsung tidak terlintas akan berlaku pertemuan seperti ini.. dalam cerita panjang bagaikan novel ni.. kalau nak jumpa si Adie ni boleh jer.. sebab aku keja kat Melaka ja dulu.. dan dia memang stay kat Melaka.. tapi dia blogger femes.. jadi segan la skit.. kuikuikui.. hebatnya kuasa Tuhan.. meriahnya dunia blog... itulah ceritanya...

p/s: Hasren.. hang jangan bajet popular dari Adie eh.. =P
btw.. Alhamdulillah.. kami bertiga dalam bidang yang sama.. Dunia Akademik

4 comments:

  1. Indeed..
    persahabatan itu sangat indah!

    ReplyDelete
  2. suke statement nih: "janji diari atas talian ni merupakan salah satu medium yang tercatat segala kenangan manis pahit untuk dikongsi bersama heheehe .. >_<

    ReplyDelete
  3. hahaha

    ada nama i, tp usahlah diletakkan sekali nama i dgn zami n adie, diorg bloggers terkemuka. i dgn zue, kite sama je.

    btw, 1st time kite jumpe last year kan ms u dtg my house ?

    ReplyDelete
  4. pertemuan sesuatu insan telah pon ditetapkanNya..namun kita tiadak tau bila,melalui apa dan sebagainya....

    ReplyDelete

Comment