Friday, June 1, 2012

Keindahan Pulau Payar Pulau Langkawi bersama Payar Rangers!

Cerita 25 May.. a.k.a Jumaat lepas.. harini baru update.. sebelum ni bila dikatakan kerap juga aku g Langawi tetapi tidak pernah sama sekali menjejak kaki ke Pulau Payar.. cuma kali ni ambil kesempatan.. menyelam sambil minum air.. sambil makan kenduri ambil la peluang ini untuk menjejaki Pulau Payar yang dikatakan begitu indah panoramanya.. kali ni bersama ahli-ahli akademik UUM..

Perjalanan dari Kuala Perlis awal-awal pagi lagi.. Feri jam 7 Pagi... sampai Jetty Langkawi Jam 8.15 pagi... sempat lagi untuk breakfast dan simpan beg..


Bruno Marikh dan Lady Gagah!

 Maria Ozawa.. hahaha..

lepas simpan beg terus breakfast dan tunggu turn untuk naik ferry ke Pulau Payar.. pada awalnya aku ingat g Pulau Payar macam g Island Hoping naik boat fiber tu.. owh! rupanya tidak.. naik ferry sama seperti naik ferry dari Kuala Perlis ke Langkawi.. Perjalanan dari Jetty Langkawi ke Pulau Payar mengambil masa kira-kira satu jam perjalanan lebih kurang 35KM dari Pulau Langkawi..

Geng Polkadot Gigi Luruh

dalam ferry ke Pulau Payar.. 




Ferry ke Payar ni tak boleh berlabuh di Jetty.. dia ala-ala Star Cruise la juga.. dia berlabuh agak jauh dari jetty then kena naik bot ala-ala tongkang bawa barang.. tapi ini tongkang bawa pelancong.. ada kerusi ok..  pening-pening juga la.. sebab kedudukan kerusi..



Pulau Payar!
 
 
Lihatlah keindahan alam ciptaan Tuhan.. Keindahan Pulau Payar! amat tenang sekali.. lautan yang jernih.. ikan bewarna warni.. fuh! tenang!
Layan Gambar...














Ferry dari Jetty ke Pulau Payar jam 930 pagi.. sampai jam 1030 pagi.. diberi masa sampai 3 petang untuk snorkeling.. yeah! memang tak buang masa.. snorkeling sampai jam 3 petang.. ada yang hampir lemas.. ada yang muntah.. ada yang pening.. macam-macam ada.. semua itu merupakan kenangan.. kenangan manis + pahit untuk sapa yang nak lemas + masin untuk sapa yang tertelan air masin.. keh keh keh.. untuk pengetahuan tahap kemasinan air laut Pulau Payar amatlah tinggi daripada air laut biasa..

time naik ferry dari payar ke langkawi semua tidoq terleleh.. ada yang tidoq ala-ala ombak rindu.. ada yang tidoq macam kat rumah.. dan ada tidoq macam lalang.. sat-sat kepala belah kanan.. sat-sat sebelah kiri.. aku? tak boleh tidoq.. sebab terlalu sejuk.. pakai pakaian basah.. Cerdik!






untuk percutian Payar Ranger kali ini.. satu malam RM200 termasuk ferry return, tido satu malam kat homestay, kereta avanza dan kancil +petrol, aktiviti ke pulau payar (ferry+lunch+equipment snorkeling) dan jamuan makan malam di Kuala Perlis.. jimat!

1 comment:

DanieL AdiE said...

Wah..seronoknya!.

Kejab..nak pilih gambar TERBAIK!

Of cos, MARIA OZAWA yang paling BAEK punye lah...haha..

Plus, dh tau dah gambar tido mane yang ala-ala ombak rindu tu...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...