Wednesday, April 09, 2014

Jalan-jalan Medan – Lake Toba – Berastagi

Kali ni sebagai permulaan tahun 2014 ke luar negara aku pilih Medan sebagai tempat pertama. Kali ni dalam group 8 orang. Bersama rakan-rakan seuniversiti, rakan blog dan rakan-rakan sekerja UUM. Bertolak pada 5 April 2014 di mana perjalanan mengambil masa satu jam penerbangan untuk ke Medan, Kualanamu Airport. Sampai ja di Airport supir dah tunggu dengan tag nama. Sampai pun dah pukul 2 waktu Medan. Jadi perjalanan pertama ke Parapat, Lake Toba yang mengambil masa hampir 6 jam ok. Tuan-tuan dan puan-puan saya ulang enam jam. Pergh! Oh. Lupa. Kali ni aku amik pakej. Sebab perjalanan jauh-jauh dan aku tak dapat bayangkan Parapat, Berastagi dan sebagainya. Jadi aku pilih pakej yang dikendalikan oleh Mr Daniel George. Bagus orangnya.  Jadi untuk pakej ini mereka sudah sediakan supir, kereta, minyak, parking, duit ferry, hotel empat bintang, makan pagi, tengah hari, malam sepanjang berada di sana. Jadi Cuma sediakan wang rupiah untuk berbelanja sahaja mas, ibukkk, bapakkk.. jadi yukkkkkk kita ke Medan.



 time ni dah nak sampai Medan

Rombongan dari Penang dan KL bertemu di Medan


 Lunch yang disediakan..


Jadi perjalanan hari pertama dari Airport pukul 2.30 petang. Sampai rumah makan lebih kurang 30 minit dari lapangan terbang, pukul 4 jam Malaysia baru bertolak ke Parapat. Perjalanan enam jam sangat-sangat mendebarkan dengan keadaan jalan dan sebagainya, tapi bila dah sampai kawasan Parapat.. fuhhhhhhhhhhhh! Yang letih sepanjang perjalanan pun hilang. Sampai dalam jam 10 malam, check in dan hotel sediakan dinner. Pilihan hotel yang terbaik Niagara Hotel Parapat. Kedudukan hotel ini atas bukit dan sejuk. Aku rasa hotel ni paling tinggi sekali antara banyak-banyak hotel di situ. Lepas dinner terus.. bummmmmmm tidur! Sebab esok nak jalan-jalan lagi. Jadi perlu tenaga. 

 
Check In dan Tidoooooooooooooooooo... 


Keesokan pagi dengan mood segar bugar! 



 


Hari kedua, kul 730 pagi dah breakfast yang disediakan pihak hotel. Makan sedap. Pagi ni bak kata pak supir mahu melihat perkampungan batak asli iaitu Tasik Orang Batak Asli (TOBA). Perjalanan menuju pulau samosir mengambil masa 45 minit. Sebenarnya sekejap ja.. dalam 15 minit boleh sampai kot. Tapi, ferry tu aku rasa dalam 30km/j sahaja.. ala-ala memberi peluang untuk melihat dan menatapi pemandangan ciptaan Tuhan. Subhanallah, cantik sangat! Siriyesli. Dalam 45 minit perjalanan sampai lah ke Samosir. Dekat situ banyak kedai-kedai yang jual sebiner, baju dan segala lah. Tapi, berjati-hati. Harga yang diletakkan terlalu tinggi. Kena pandai tawarlah. Memang kena pandai tawar kalau tak nak ditipu. Kat di situ juga ada orang kampung yang berperanan seperti tourist guide. Terpulang nak amik ke tak nak. Kalau ambil seperti biasalah kena la bagi tips! Dalam pulau tu ada sejarah pasai perkampungan tomok, dari maharaja atau sultan-sultan terdahulu sehingga kini. Pusing-pusing, berbelanja jadi pulang ke parapat balik untuk lunch.






 Rasa bersyukur kita tinggal di Malaysia, dorang basuh baju pakai air tasik hokey!


Ratu Tomok


Sesampai di Samosir Island.. nah kau.. map!

 

Tourist guide, kalau nak tau cerita dahulu kala sampai sekarang mengenai Samosir boleh pilih bapak ini.. tapi macam biasalah tips ok. Bukan semua benda percuma. Kalau tak ambil nak jalan-jalan sendiri pun ok.




Rumah Batak.. 

 
Hah. Ni baru real kerusi batu


Selepas selesai lunch, terus ke Simarajunjung, tempat tu ala-ala peak view juga la.. tempat anak-anak muda melepak, bernyanyi bersama-sama, menghabiskan masa bersama. Gituh. Nice. Tapi kalau tak nak p pun tak pa juga kot tempat ni. 




Lepas singgah sini terus pak supir pecut ke satu tempat air terjun Sipiso.. perjalanan daripada Parapat ke Simarajunjung mengambil masa satu jam lebih dan daripada Simarajunjung ke Waterfall tu satu jam lebih juga. Capet! Jalannya pusingggg… jadi kalau cepat mabuk, makan ubat mabuk ya.. bisa tidur aja sepanjang perjalanan. Lepas daripada waterfall ni terus ke Berastagi yang mengambil masa 2 jam. Fuhhhh.. kat berastagi ni ala-ala Cameron. Sejuk ya amat. Sejuk lagi pada Cameron. Tapi g sana tak tido pun. Rugilah. Oh. Kalau bab shopping, shopping lah di Berastagi. 



Murah dan berbaloi. Tak rasa kena tipu sangat berbanding dengan Samosir tadi. Nak beli telekung, batik belilah di Berastagi juga. Kat area-area orang jual bunga dan kawasan kereta kuda. Ada satu kedai ni tak ingat nak amik gambar. Makcik tu pakai spek dan ala-ala inspektor polis. Nampak macam garang. Tapi baik orangnya. Harga pun memang berbaloi. Lepas shopping terus ke Medan. Perjalanan hampir 3 jam juga dari Berastagi. Sampai medan makan dan check in hotel di Grand Antares Hotel, Medan. Bilik superb!

 

makan malam terakhir sebelum pulang keesokan hari.. ayam bakar dan ikan bakar menu utama



malam terkahir check in di Grand Antares Medan (4*)





Hari ketiga merangkap hari terakhir, lepas breakfast di hotel terus jalan-jalan di Medan sebelum ke bandara. Oh. Lupa. Breakfast sangat sedap dan banyak pilihan… kat medan tak banyak tempat sangat nak shopping actually. Harga barang pun melambung. Better shopping kat Berastagi. Bak kata makcik inspektor polis tu, Medan mahal sebab harga sewa kedainya juga mahal. Jadi pandai-pandai fikirlah.

 





Lambaian terkakhir daripada Ratu..

Tips Medan:
  • Sediakan wang rupiah yang secukupnya
  • Kalau nak senang ambil ja pakej macam ni.. Boleh contact Daniel George menerusi BBM Pin: 75889E08, email travelagentsumatera@gmail.com just inform berapa pax, bapa hari dekat dia nanti dia akan uruskan, kalau nak tempah hotel sendiri pun boleh, dia juga menyediakan kenderaan dan supir.
  • Nak makan, g makan kedai yang ada harga siap-siap takut tertipu..
  • Nak shopping sebiner ka apa ka boleh shopping kat Berastagi berbanding Samosir. Nego betul-betul.. kalau boleh jadi pelakon pentas untuk seketika.. 
  • Shopping kat Berastagi boleh shop kat kedai makcik ala-ala Inspektor polis, pakai spek mata.. nampak garang tapi baik. kedudukan kedai dekat dengan orang jual-jual bunga dan tempat bas dan kuda..
  • Jangan la mengharap Medan tu seperti Bandung yang banyak tempat nak shop. 
  • Kalau ada apa-apa pertanyaa lagi, boleh drop mesej kat kotak disebelah kanan anda.. sekian.

9 comments:

  1. Thnks Buddy For Publishing Our Contact Detail.
    It helps me alot
    ^_^

    ReplyDelete
  2. medan best.....ari tu x sempat nak pergi kat danau toba

    ReplyDelete
  3. FULL GROUND PACKAGE MEDAN INDONESIA 3 DAYS 2 NIGHT
    RM370 PER PERSON MIN 4 PERSON.

    DAY 1 KUALANAMU – PARAPAT - LAKE TOBA
    • Arrival at KualaNamu International Airport in Medan.
    • Breakfast at local restaurant.
    • Proceed to Parapat Lake Toba.
    • Lunch at local restaurant.
    • Enroute stop at Paten Shop.
    • Having dinner at local restaurant.
    • Then check in to hotel for accommodation.
    • Then free at own leisure and rest.

    DAY 2 PARAPAT- BRASTAGI - MEDAN
    • Breakfast at hotel
    • Took the local ferry to Samosir Island
    • Straight to Tomok is about 5km from Tuk Tuk on Samosir Island.
    • In Tomok you can see the grave of King Sidabutur.
    • Visit Batak village
    • Continue travel to Brastagi
    • Enroute stop at Simarjarunjung
    • Stop at SipisoPiso Waterfall
    • Visit Pasar Buah at Brastagi.
    • Having lunch at local restaurant.
    • Then proceed to Medan.
    • Check in hotel at medan.
    • Visit Maimoon Palace.
    • Prepared for dinner at local restaurant.
    • Visit Merdeka walk for relaxing.
    • Then free at your own until proceed back to hotel.

    DAY 3 MEDAN - KUALANAMU AIRPORT.
    • Having breakfast
    • Visit Masjid Raya.
    • Shopping at Toko Batik
    • Check out for souvenir or t-shirt at Pajak ikan.
    • Having lunch at local restaurant.
    • Go to shopping complex for souvenir and some local product.
    • Some tourist enjoy the cheapest massage and spa.
    • Transfer back to Kualanamu International Airport.

    Package Include :
    • Airport pick up and transfers
    • Hotel at Medan , Parapat
    • Meals : Breakfast , Lunch , Dinner
    • Transport : MPV or Van ( Driver include )

    • ITENERARY MAY CHANGE DEPENDING ON TIME , WEATHER CONDITION OR CUSTOMER DEMAND.
    • TOURIST ARE ADVISED TO HAVE THEIR OWN INSURANCE COVERAGE.
    • FOR 3 DAYS 4 NIGHT AND 4 DAYS 5 NIGHT ALSO AVAILABLE.

    For further Information and inquiry:
    0124156404 CALL MESSAGE WHATSAPP. ( IRWAN )

    ReplyDelete
  4. salam..kami ada menyediakan ground pakej Medan-Lake Toba-Berastagi dengan harga yang sangat puas hati..paling penting pakej Muslim dan sememangnya makanan yang halal..
    whatsapp/ mesej ONLY: +6012-6047593
    instagram : @percutianbajet

    ReplyDelete
  5. salam..kami ada menyediakan ground pakej Medan-Lake Toba-Berastagi dengan harga yang sangat puas hati..paling penting pakej Muslim dan sememangnya makanan yang halal..
    whatsapp/ mesej ONLY: +6012-6047593
    instagram : @percutianbajet

    ReplyDelete
  6. Selamat Pagi...
    Mau ke Danau Toba...
    Mau ke Berastagi..
    atau hanya jalan jalan di Medan..
    Butuh sewa mobil di Medan..
    Yuk hubungi ke Medan Star Rent Car
    Murah...
    Mulai dari Rp. 350.000/hari.
    bisa hubungi ke 085262831660/085297000264
    atau buka webnya untuk info lebih lanjut.
    klik http://medanstarrentacar.com/

    ReplyDelete
  7. 4D3N MEDAN LAKE TOBA TOUR
    (1Nite Parapat, 1 Nite Berastagi, 1 Nite Medan
    --------------------------------------------------------------------
    DAY 01 : ARRIVAL MEDAN – TEBING TINGGI – PARAPAT (L,D)
    Arrival at Kuala Namu International Airport. After customs clearance, meet our representative and Tour Guide who will take you to start the tours by using tourist Coach or Van. Transfer to the local restaurant for lunch. Then, depart to Parapat-drive along the road which offers the endless view of Rubber and Oil Palms Plantations through the journey. Stop should be made at Pematang Siantar for shopping of local product such as Kacang Tumbuk “Ting Ting, Teng Teng”, Other snacks Etc. Arrived in Parapat then check in to hotel for overnight stay, the rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 02 : PARAPAT – SAMOSIR ISLAND – BERASTAGI (B,L,D)
    After breakfast at hotel, ready for Samosir island excursion by Boat to visits
    Tomok village, to see the Tombs of The King Ompu Sidabutar & Shopping place. Ambarita village, to see the Traditional Batak village with ancient megalithic Furnitures. Return to Parapat for lunch at local restaurant. Afterwards proceed to Berastagi–a mountains resort with it’s refreshing weather and magnificent mountains scenery which has an abundance of Flowers, Vegetables and Fruits. En-route stops at Panorama Simarjarunjung hill (Sanitary stop),Sipiso-Piso waterfall. Arrived in Brastagi then to visit the Central Fruits Market (Shopping Place). Afternoon check in to hotel. The rest of the day is free on your own leisure. Dinner served at the hotel or local restaurant.

    DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN (B,L,D)
    After breakfast, proceed on two hours down the hill to Medan. Visit Lumbini Park. Arrival in Medan then city sight seeing to visit a several points of interest such as the Maimoon Palace, Al-Matshun Grand mosque. After lunch at the local restaurant, and then proceed to the shopping areas as follow Danar Hadi Batik emperium and others whole Batik sellers in Medan, including to Pasar Ikan market and Malls. Afternoon check in to hotel for overnight stay. Dinner served at the local restaurant.

    DAY 04 : HOTEL – AIRPORT (B)
    After breakfast, free program before transfer to the airport for your flight home..END OF SERVICE





    Thanks /Regards

    HAMZAH SARAGIH Tour Guide Medan Sumatra Utara - IndonesiaTelp // WhatsApp : +62 821 602 111 06 Email : hamzahsaragih@ymail.comWeb : http://hamzahsaragih.blogspot.comFacebook : Hamzah Saragih Ym : Hamzah SaragihBB : 512113B1

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum dan salam sejahtera
    Mintak izin tuan tanah promote kat sini..
    Pakej Muslim Medan-Berastagi-Danau Toba 4H3M
    Hotel 3*(Lake View)
    Minimal 04 Orang : RM485/Orang
    Minimal 05 Orang : RM455/Orang
    Minimal 10 Orang : RM405/Orang
    Minimal 20 Orang : RM405/Orang
    Minimal 26 Orang : RM385/Orang
    Minimal 40 Orang : RM370/Orang

    Akomodasi Hotel : (Silahkan Dipilih)
    Di Parapat : Danau Toba International Cottage / Patra Parapat Hotel / Atsari Hotel

    Di Berastagi : Sinabung Hills / Green Garden Hotel /Danau Toba International Cottage Berastagi

    Di Medan : Grand Antares Hotel / Swiss Bellin Hotel /Madani Hotel Medan /Garuda Plaza Hotel

    DAY 01 : TIBA DIMEDAN – PARAPAT DANAU TOBA (L,D)
    Rombongan tiba di Airport International Kuala Namu Medan, di sambut oleh tour guide kami. Bertolak ke Parapat/Danau Toba. perjalanan memakan masa hampir 5 jam dan dapat lihat pemandangan yang penuh pokok getah, kelapa sawit dan kawasan padi ( boleh berhenti untuk mengambil gambar kenangan) dalam perjalanan kita singgah di Paten Shop tempat membeli oleh – oleh khas yang terkenal dengan nama Ting Ting – Teng Teng – Tong Tong dan terus ke restoran untuk makan tengahhari, tiba di Parapat ( TASIK TOBA ) check in hotel – free program. Makan malam di hotel.

    DAY 02 : DANAU TOBA – P.SAMOSIR – BERASTAGI (B,L,D)
    Setelah sarapan di hotel, dengan ferry boat kita tour melawat : Pulau Samosir – Pulau di tengah Tasik Toba, Kampong Tua Tomok – famous dengan Raja Sidabutar lagenda Putri Tasik dan Tari Sigale – Gale, dan anda akan dibawa membeli-belah di Pasar Tradisional Tomok (Local Souvenir) Perbagai barang-barang cenderahati dan sebagainya dijual disini. dan melawat ke Kampong Ambarita (min 15 paxs) untuk melihat rumah adat tradisional yang unik. Kembali ke hotel, check out makan tengah hari di lokal restaurant, dan berlepas menuju Berastagi, sebuah bandar di puncak pegunungan nan sejuk – famous dengan pasar buah dan bunga. perjalanan memakan masa 2 jam. di perjalanan kita berhenti untuk melawat : Puncak Simarjarunjung dan Air Terjun Sipiso - Piso Saksikan keindahan air terjun yang menjadi tarikan ramai Tiba di Bandar Berastagi anda akan dibawa ke Fruits Central Market. Anda boleh membeli berbagai jenis buah-buahan tempatan yang enak di sini. Check-in hotel. Makan malam di restoran tempatan.

    DAY 03 : BERASTAGI – MEDAN CITY TOUR/SHOPPING (B,L,D )
    Setelah sarapan check-out hotel. Melawat Bukit Gundaling untuk melihat dua gunung berapi yang mashi aktif di Berastagi Gunung Sibayak (2.172 m) dan Gunung Sinabung (2.417 m) Perjalanan diteruskan ke Medan melalui Sibolangit. Sampai sahaja, "City Tour Medan City" Melawat Istana Maimoon / Sultan Palace , Mesjid Raya / Grand Mosque , dan anda akan dibawa membeli-belah di Batik Center, Plaza Super Market dan Pasar Ikan. Perbagai barang-barang perhiasan, cenderahati, pakaian sulam / telekung dan sebagainya dijual disini. .Check-in hotel. makan malam di restoran tempatan.

    DAY 04 : MEDAN – AIRPORT (B)
    Setelah sarapan, free program Aktiviti Bebas (Membeli Belah atau Sebagainya) hingga tiba masanya kami transfer kembali ke airport untuk kembali ke MALAYSIA, tour end.
    Harga Termasuk :
    • Penginapan hotel 3 malam
    • Sarapan Pagi 3x/Tengahari 3x/Malam 3x
    • Kenderaan Berhawa dingin dan selesa sepanjang aktiviti
    • Tiket Feri ke Pulau Samosir
    • Charter Boat ke Pulau Samosir (Bas Pesiaran)
    • Tiket Lawatan dan Parking
    • Air Mineral 1 Botol /hari/orang
    • Supir Sebagai Pemandu Pelancong (Innova& Van ELF)
    • Guide Tour English dan Melayu Speak (Bas Pesiaran)
    • Makan 100 % Halal Food
    • Minimal 22 Orang FOC 1 Orang
    • Pemandu Muslim
    • Private Tour
    • Welcome Snack
    • 1 Bilik Untuk 2 Orang


    Harga Tidak Termasuk :
    • Tip Pemandu Pelancong
    • Tiket penerbangan pergi balik
    • Perbelanjaan peribadi

    Untuk tempahan :
    SMS/WhatsApp : +62821 6201 7001
    Email : tourinmedan@gmail.com
    Web : agentpelancong.blogspot.co.id

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum
    Fadly medan transport MENYEDIAKAN pakej tour fullboard 4d3n muslim berbaloi dan mewah
    Call to whatsapp langsung
    +6281376455045
    Email :Julfadlysiagian@gmail.com
    NO PAYMENT NO AGENT

    ReplyDelete

Comment