Tuesday, August 11, 2015

Bagaimana mahu mendapatkan tiket penerbangan dengan tambang yang lebih murah? Begini caranya.

Seiring dengan arus kemodenan dunia teknologi tanpa wayar sudah pasti boleh dikatakan majoriti pengguna handphone memiliki telefon pintar. Secara tidak langsung, bagi kaki jalan seperti saya sudah pasti aplikasi-aplikasi yang berkaitan dengan pengembaraan menjadi salah satu aplikasi yang wajib ada di telefon pintar yang dimiliki. 

Bagi kaki jalan yang ingin mendapatkan tiket murah. Saya akan memberi panduan bagaimana hendak mendapatkan tiket tersebut dalam masa beberapa saat (jikalau cepat dan line internet telefon anda 4G) dan beberapa minit (line internet seperti siput mahu ke europe). 

Gambar dibawah merupakan aplikasi yang terdapat dalam telefon saya. Saya rasa bagi kaki jalan di luar sana sudah pasti aplikasi-aplikasi in terdapat dalam telefon anda malah lebih daripada aplikasi yang terdapat dalam handphone saya. Kita fokus kepada aplikasi LowCost dan Skyscanner sahaja. Banyak lagi aplikasi lain yang anda boleh cuba seperi Kayak, Cheapflights dan sebagainya. 



1. Aplikasi LowCost

Bagi mereka yang inginkan tiket murah boleh menggunakan aplikasi LowCost. Aplikasi ini tidak begitu susah untuk difahami hanya masukkan bandar pilihan untuk berlepas dan destinasi yang dituju. Aplikasi LowCost akan menunjukkan tambang murah untuk setiap bulan. Bukan bulan ini sahaja, malah bukan bulan depan tetapi lima bulan yang akan datang. Jadi disini kaki jalan boleh membuat perancangan ke mana destinasi pilihan hati untuk bercuti bersama keluarga dan orang tersayang. Nak murah lagi time-time promo AirAsia buka LowCost. Memang pening kepala memilih untuk bercuti. Bagi yang belum mempunyai aplikasi ini sila INSTALL di telefon pintar anda. Aplikasi ini juga membolehkan kaki jalan menempah tiket penerbangan pilihan secara lansung menerusi aplikasi ini. 


 


2. Aplikasi SkyScanner 

Saya rasa aplikasi ini ramai yang guna untuk mencari tiket dan membandingkan tiket untuk satu-satu destinasi. Actually ia sangat membantu untuk memilih dan membandingkan tapi untuk membeli bagi saya anda perlu ke website syarikat penerbangan yang tertera. Hal ini disebabkan jika anda membeli tiket menerusi aplikasi seperti ini, jika berlaku kesilapan ingin refund dan sebagainya, syarikat penerbangan tersebut tidak bertanggungjawab atas urusan tersebut jika tiket dibeli melalui aplikasi-aplikasi seperti ini. TETAPI aplikasi ini sangat membantu dalam membandingkan tiket. Masukkan destinasi dan tarikh dan tekan butang SEARCH berderet-deret syarikat penerbangan, waktu dan harga yang keluar. Jadi disini anda boleh bandingkan dan terus menempah di laman web syarikat penerbangan yang diberika.

Contoh 1: KUL - LGK


Contoh 2: KUL - LOND






Paling murah untuk penerbangan Kuala Lumpur - London dengan menggukan syarikat penerbangan Vietnam Airlines, jadi ada boleh pilih dan melihat waktu, nombor penerbangan dan syarikat penerbangan. Kalau nak tiket anda lebih terjamin dan selamat boleh terus ke website penerbangan tersebut dan tempat. Sometimes ia lebih MURAH berbanding harga yang tertera dalam SkyScanner ini. 

Cuba tengok. Ini BUKTInya.. Jika anda menggunakan SkyScanner RM2719 dan jika ke laman web syarikat penerbangan RM2433.90. Kurang dua tigas ratus tu ok juga kan? boleh la boleh magnet bagai untuk dibawa pulang. 




Kadang-kadang Skyscanner nak bagi harga tiket murah juga. Keadaan tidak mengizinkan untuk satu syarikat penerbangan. Murah punya pasai. Pelbagai syarikat penerbangan la dia bagi. Jadi macam biasa buka la satu-satu laman web tersebut. SkyScanner akan combine dengan syarikat penerbangan lain seperti MAS, Sin Airlines, Qatar, Vietnam dan sebagainya. Jadi jadikan SkyScanner sebagai tempat rujukan anda. Rumit? Buang masa? kalau kaya tak payah la nak geledah aplikasi ni bagai. Book je terus mana airlines yang nak. Nak murah, berbaloi. Kena usaha sikit. Usaha tangga kejayaan. Itu saja nak kongsi. Selamat bercuti.









1 comment:

Comment