Gate B3, SIN - CPH
Kembara ke pulau
ketiga terbesar Denmark iaitu Kepulauan Funen bagaikan mimpi menjadi kenyataan dengan
13 jam masa perjalanan daripada Kuala Lumpur ke Lapangan Terbang Copenhagen.
Denmark merupakan salah satu negara Scandinavia atau Eropah Utara selain
daripada Norway dan juga Sweden. Sampai sahaja di lapangan terbang tidak susah
seperti yang disangka. Sifat penduduk tempatan yang sangat ramah dan mudah
memberi pertolongan dengan menggunakan Bahasa Inggeris semasa berkomunikasi
dengan pelancong luar melancarkan lagi perjalanan. Malah, papan-papan tanda
yang terdapat di dalam dan luar lapangan terbang turut menggunakan Bahasa
Inggeris. Ini memudahkan lagi perjalanan saya yang baru pertama kali menjejak
kaki ke negara Eropah berseorangan. Actually berdebar juga, tapi redha, ikut ja
hati. Sebab tak pernah lagi berjalan berseorangan. Boleh imagine kot 13 jam
berseorangan dari KL lagi sampai di Airport Copenhagen. Lepastu terpaksa
memulakan perjalan seorang diri dengan train pula. Hadap la.. sewaktu menunggu
keretapi jam 930 pagi dapat la cuci mata tengok orang Danish. Sebelum bertolak
tu ingat dorang macam dalam cerita-cerita omputih pakai sempoi-sempoi ja p
kerja dan universiti. Alih-alih amik kau, lelaki sekali keluar kat arrival hall
pakai blazer suit bagai dengan beg bimbit kulit hokey!
Cuaca sewaktu
sampai di Copenhagen sekitar 7°C -13°C. Sejuk sehingga
menusuk ke tulang itu sahaja yang saya dapat gambarkan. Perjalanan tidak
terhenti di Copenhagen kerana destinasi saya adalah kepulauan Funen. Sebuah
pulau yang mempunyai asal usul cerita fantasi. Perjalanan diteruskan lagi
dengan menggunakan kereta api antara bandar yang stesennya tidak jauh dari
lapangan terbang. Masa yang diambil daripada Stesen Kereta api Copenhagen ke Stesen
Kereta api Odense adalah selama 1 jam 35 minit dengan harga 320 danish kroner
(dkk) untuk perjalanan sehala. Sistem kenderaan awam termasuk bas dan keretapi
sangat sistematik di sini.
Tiket keretapi saya
sudah membeli sebelum bertolak lagi secara atas talian melalui laman web DSB
Train. Secara keseluruhannya, bandar-bandar
utama di kepulauan Funen adalah seperti Odense, Bogense, Middelfart,
Assens, FÄborg, Svendborg, Nyborg, dan Kerteminde. Semasa di Kepulauan Funen saya
sempat melawat Odense merupakan salah sebuah bandar yang popular di Denmark yang
terletak di kepulauan Funen di mana ia merupakan bandar ketiga selain daripada
Copenhagen dan Aarhus dengan populasi
penduduk sekitar 174 ribu penduduk bagi awal tahun 2015. Manakala bandar-bandar
kecil lain yang saya sempat lawati adalah seperti Kerteminde dan Nyborg. Berdasarkan
jarak melalui jalan darat, Odense terletak 144KM daripada bandar utama
Copenhagen. Bagi mereka yang meminati cerita ‘fairy-tale’ bandar ini paling
sesuai dijadikan sebagai salah satu tempat melancong. Keunikan kepulauan adalah
seni reka bentuk dan dekorasi rumah yang unik, berwarna-warni dan bentuknya
yang pelbagai.
Pengangkutan awam sangat sistematik termasuk train
Keadaan train yang sangat selesa
Kenderaan
Penduduk di
Denmark menggunakan basikal sebagai kenderaan utama untuk bergerak dari satu
tempat ke tempat yang lain selain daripada bas dan juga kereta api. Basikal
boleh disewa dengan harga sekitar 160dkk sehari. Perjalanan saya dari satu
tempat ke satu tempat lain kebanyakan berjalan kaki sesuai dengan cuaca yang
sejuk dan badan tidak akan berpeluh. Sistem kenderaan awam seperti bas dan
keretapi sangat sistematik dan menepati waktu walaupun sesaat. Saya dari awal
lagi sudah membuat sedikit bacaan di internet dan pertolongan oleh beberapa
orang pelajar yang menyambung pengajian di Denmark mengenai sistem pengangkutan
dan sebagainya. Bagi memudahkan pergerakan, saya telah memuat turun satu
aplikasi khas kenderaan awam di Denmark iaitu ‘Rejseplanen’. Aplikasi ini
sangat mesra pengguna di mana ia akan mengesan kedudukan pengguna secara tepat
dan saya cuma perlu memasukkan nama jalan yang hendak ditujui. Maklumat yang
diberikan termasuklah masa perjalanan, no bas atau kereta api. Bagi saya
pengalaman di Denmark menggunakan kenderaan awam sangat kondusif lebih-lebih
lagi ia sangat mesra pengguna OKU. Tidak kiralah bas mahupun kereta api,
jalan-jalan utama juga disediakan lorong kemudahan khas untuk OKU, pejalan kaki
dan penunggang basikal. Bagi perjalanan yang tidak begitu jauh dengan
menggunakan kereta api tiket yang diberikan adalah tiket terbuka iaitu anda
boleh menggunakan tiket tersebut dalam masa yang telah diberikan. Selalunya
tidak lebih daripada 45 minit. Terdapat skrin yang disediakan bagi yang
menunjukkan laluan kereta api bagi memudahkan pengguna.
Aplikasi REJSEPLANEN yang boleh dimuatturun melalui telefon pintar. Sangat membantu. Masa just buka apps ni dan dia akan detect location di mana kita berada. Masukkan destination, dia akan berikan laluan dan kenderaan apa yang boleh dinaiki. Sangat sistematik. Sebagai diatas saya berada di Alle 2 street nak ke airport CPH. Maklumat yang diberikan termasuklah laluan pejalan kaki dan masa yang diambil, ambil train nombor yang diberikan dan sampai ke airport. Mudah bukan?
Last, ini lah kenderaan saya sepanjang berada di Odense. Thanks Jakob!
Tempat tarikan.
Odense
Saya banyak
menghabiskan masa berada di Odense sebuah bandar yang kelihatan seperti fantasi
tetapi ia merupakan salah satu bandar yang wujud dan popular disebabkan pelopor
cerita fantasi dilahirkan dan dibesarkan di Odense iaitu Hans Christian
Andersen. H. C. Andersen pelopor cerita dongeng ini lahir dan dibesarkan di
bandar kecil ini pada tahun 1805 dan menghabiskan zaman kanan-kanaknya di sini.
Beliau juga merupakan saya Danish yang popular dengan travelog, novel, syair
dan pengasas kepada idea-idea cerita mengenai fairy-tale atau dalam bahasa Melayu
cerita fantasi atau dongeng. Berada di bandar kecil Odense ini seolah-olah
berada dalam satu kawasan muzium yang bersejarah dikaitkan dengan cerita
fantasi. Cerita-cerita fantasi yang terkenal adalah seperti "The Emperor's
New Clothes", "The Little Mermaid", "The Nightingale",
"The Snow Queen" dan "The Ugly Duckling".
Semasa
bersiar-siar, saya bertemu dengan seorang rakyat tempatan semasa berjalan kaki
di bandar kecil ini yang aman dan mempesonakan ini. Beliau berkata tempat wajib
yang perlu dilawati bila berada di Odense adalah dengan melawat muzium HC Andersen
dan ke perkampungan Funen selain daripada beberapa tempat lain yang menjadi
tumpuan. Pelancong boleh melawat H. C.
Andersen Museum dan H. C. Anderson
Childhood Home. Kedua-dua tempat ini merupakan tempat yang wajib dilawati
jika sampai di sini. Semasa berada di dalam H. C. Andersen Museum, saya berasa
bangga apabila Malaysia juga tercatat sebagai salah satu negara yang menjual
karya saya terkenal ini. Selain itu, terdapat pelbagai informasi dari beliau
dilahirkan sehinggalah pameran segala barangan seperti motosikal, kamera dan
juga bilik tidur tempat beliau dilahirkan. Hampir 80% kawasan bandar Odense
merupakan tempat bersejarah yang dikaitkan dengan pelopor cerita fantasi ini
sehinggakan pelancong boleh melawat dari satu tempat ke satu tempat lain dengan
mengikuti tanda tapak kaki yang diletakkan di laluan utama.
Pokcik Andersen
kawasan penempatan yang bewarna warni..
Odense Havn
Rakan ajak jalan-jalan Nina dari Munich
Kalau hujung minggu ada la macam-macam aktiviti di bandar Odense.
Laluan nak balik ke rumah, fuhhh dengan cuaca sejuk.. hijau.. Rindu!
Laluan OKU dimana-mana.
Odense City Hall
Egeskov Castle
Saya juga sempat
melawat salah satu istana yang tersergam indah yang diberi nama Istana Egeskov
dengan bayaran masuk 180dkk. Melangkah masuk ke istana ini bagaikan berada pada
zaman pemerintahan diraja Viking. Istana
ini telah dibina sejak tahun 1545 lagi. Terdapat beberapa bahagian dalam istana
ini yang boleh dilawati kerana ia juga masih lagi dijadikan tempat tinggal
sebuah keluarga sehingga kini. Kawasan yang dibenarkan adalah seperti ruang
makan, bilik muzik, menara utara, menara selatan dan bilik utama. Kamar-kamar
tidur dihiasi dengan sofa mewah dan dekorasi zaman 1900. Selain itu, dipamerkan
juga barangan lama seperti mangkuk dan beberapa peralatan lain. Sesuai dengan
kawasan yang dikaitkan dengan cerita fantasi, terdapat satu patung kayu di atas
bumbung istana yang mempunyai cerita fantasinya sendiri jika di ubah daripada
bantalnya maka robohlah istana tersebut pada malam Krismas.
Funen Village
Manakala, satu
lagi tempat tarikan pelancong adalah perkampungan Funen yang terletak di Fruens
BĂžge tidak jauh dari bandar Odense. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak
60dkk untuk seorang. Perkampungan ini merupakan satu perkampungan yang telah
dibentuk dan diubahsuai menyerupai zaman H. C. Andersen pada zaman 1900 lagi.
Terdapat 26 rumah dan taman yang berbeza untuk dilawati. Kadangkala saya berasa
dalam pembikinan ‘Red Riding Hood’ apabila kebanyakan sukarelawan di sini memakai scarf dan satu
persalinan pakaian pada zaman dahulu kala. Hasil daripada temu bual saya
bersama sukarelawan yang berkhidmat di sini, perkampungan ini diwujudkan untuk
memastikan dan juga memelihara budaya masyarakat Funen supaya ia sentiasa hidup
walaupun pelbagai perubahan telah berlaku dalam masyarakat terutamanya dari
segi politik, teknologi dan juga sains sejak tahun 1900. Terdapat juga
kawasan-kawasan tertentu yang membolehkan pengunjung beriadah bersama keluarga
seperti Summerhouse, Brickworks dan Smallholding. Setiap rumah yang didirikan
mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Segala catatan dan informasi dibuat dalam
bentuk audio visual dan dalam bentuk poster di setiap rumah. Keunikan terserlah
dengan seni bina rumah yang pelbagai bentuk dan warna. Rumah-rumah ini dihiasi
dengan taman bunga dan tasik yang dihuni oleh binatang peliharaan seperti itik,
ayam dan biri-biri.
Bagi pelancong yang ingin melakukan kelainan dengan menghantar poskad kepada rakan-rakan di Malaysia sebagai tanda kenang-kenangan, pelancong boleh berbuat demikian di kaunter Informasi Pelancongan, Odense bersebelahan dengan City Hall, Odense Denmark. Jangan lupa untuk mencuba roti-roti yang terkenal di Denmark seperti Danish Apple Pie dan sebagainya.
Ruangan Kembara Ahad 13 Disember 2015
Perkongsian yang menarik dan bermanfaat...
ReplyDelete